Thursday 1 March 2012

Selamat Datang dan Mesyuarat Senat

MRSM KUCHING : JABATAN SAINS SOSIAL :  1 MAC 2012 – KHAMIS
Assalamualaikum wrt mth dan salam sejahtera

1
Bertemu semula , lama sudah tidak berhubung, ringkasnya begini.

2
Pihak jabatan mengalu alukan kehadiran 3 orang guru.
i. Ustaz Mohd Azman bin Mohd Nawi  ( Guru Pendidikan Islam )
ii. Ustazah Siti Hajar binti Ramli ( Guru Ganti Ustazah Najiha yang cuti bersalin – Tahniah ustazah Najiha telah dikurniakan cahaya mata pertama )
iii. Cik Haslinda binti Jama’in ( Guru Pendidikan Seni Visual – menggantikan cikgu Sukor yang berpindah )


3
Sepanjang bulan Februari yang lepas agak sibuk dengan berbagai program. Agak sukar untuk saya menyampaikan beberapa maklumat penting , guru guru lain juga lebih lagi sibuk rasanya– saya minta maaf.


Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat SENAT PADA 30 Januari 2011 :



        I.            Di samping memberi fokus kecemerlangan kepada pelajar tingkatan 3 ( PMR ) dan 5 (SPM ) guru-guru jangan abaikan kecemerlangan  kepada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4.
      II.            Syarat tambahan untuk Graduasi bagi pelajar Islam iaitu perlu LULUS program MINI ULUL ALBAB iaitu menghafaz ayat al Quran.
Mulai tahun 2012

pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 mesti hafaz dari Surah Addhuha – Surah An Nas.

Pelajar Tingkatan 4 mesti hafaz Surah asSajadah dan Surah al Insan
Pelajar tingkatan 5 mesti hafaz Surah Yasiin dan Surah al Muluk



    III.            Terdapat Skala Gred Baru untuk untuk PNG.
Harap dapat membantu pelajar dari segi mendapat mata ( pointer ) yang lebih baik berbanding sebelum ini.





    IV.            Kelas PROGRAM GERAK GEMILANG ( PGG )
Diharapkan  kelas ini dapat diteruskan mengikut jadual.

      V.            UJIAN SELARAS 1
Ditetapkan pada 27 – 29 Februari 2012.
Semua kertas ujian diberi masa maksimum 1 jam sahaja
Melalui ujian ini diharap pelajar berpeluang mendapat markah lebih besar berbanding Peperiksaan Akhir.

Ujian selaras 2 ditetapkan pada 16 – 18 April 2012


    VI.            DARI PENGARAH PGG PMR

- Pelajar diasingkan mengikut tahap kemampuan masing-masing
- Petang Khamis dan Jumaat  makmal bitara akan digunakan untuk pelajar lemah sahaja
- Setiap unit ( subjek) diperuntukkan RM800.00

  VII.            DARI PENGARAH PGG SPM

- Perkampungan ilmu untuk seramai 38 pelajar akan diadakan pada 16 – 18 Mac 2012 dikendalikan oleh BTN  ( Terkini : Semua pelajar SPM dan PMR akan mengikuti program bersama pihak Tentera )

- Tuisyen untuk 2 kelas sahaja pada setiap hari Sabtu selepas waktu prep pagi , subjek terlibat ialah Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

VIII.            SASARAN SEMESTER 1

- Untuk kelas PMR  GPM ialah 1.05 ( 80% semua A )
 -Untuk kelas SPM  GPM ialah 1.8
- Untuk tingkatan lain akan diputuskan dalam mesyuarat senat akan dating.

    IX.            Untuk PGG.
- Intervensi akademik perlu  ada pemantauan secara individu, perlu ada rekod yang detail. Senarai pelajar berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh UPPM

      X.            Jamuan untuk pelajar yang mendapat anugerah pengetua dalam peperiksaan semester 2 tahun 2011. Tarikh dan tempat akan dimaklumkan.

    XI.            Pengambilan guru ganti dan sambilan telah mendapat kebenaran dari HQ. Temuduga akan diadakan pada 2 Februauri 2012.
  XII.            Hari Anugerah dicadangkan pada 27 April 2012 ( Jumaat )

  1. Jadual penghantaran buku rekod akan dikeluarkan secepat mungkin
  2. Pencerapan
- Akan diadakan sekali sahaja setahun. Cadangan supaya pencerapan dihabiskan dalam semester 1.
  1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) dalam slot KAT 1 tetap diteruskan. Setakat ini subjek KHB telah dapat dimasukkan dalam KAT 1
  2. Bilik rekod PBS diletakkan di bilik lama UPPM( sebelah bilik Ketua warden )




Untuk makluman : maklumat ini mungkin ada yang telah berubah bergantung kepada keadaan. Ini adalah apa yang dibincangkan dalam mesyuarat.

No comments:

Post a Comment