Thursday 1 March 2012

Mesyuarat Pengurusan Februari 2012
nama baru
Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan Maktab kali ke-2/2012
Tarikh : 13 Febuari 2012 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat


Antara perkara yang dibincangkan :

1
Anggaran perbelanjaan untuk Program Mini Ulul Albab telah diluluskan. Merangkumi saguhati kepada guru pembimbing seramai 2 orang. Bergantung kepada keadaan sekiranya perlu kepada guru pmbimbing tambahan, ia akan dibincangkan.
- Perlu dimasukkan kos percetakan
- Perlu disediakan skima kerja seperti pelajar tamat menghafaz surah tertentu pada tarikh yang ditetapkan

2
Seramai  8 orang guru dari Jabatan Sains Sosial akan menghadiri Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah di Kuching. ( PSV,Geografi,Sejarah,Sivik,Moral,Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan PJK )

3
17 pelajar tingkatan 2 dan 3 telah ditangkap kes rokok.
Diharap guru-guru tekankan semasa P&P kepada pelajar tentang larangan merokok, keburukan merokok serta kesan dari merokok.

4
Borang baru untuk tempahan bas/kenderaan.
- Satu salinan perlu diberi kepada Ketua warden, dan pondok pengawal

5
Tikar dan langsir baru  diberikan kepada di asrama.
Bilangan pelajar setakat tarikh mesyuarat ini diadakan
Tingkatan 1 – 95 orang
Tingkatan 4 – 38 baru + 98 lama = 136 orang
-Pelajar tingkatan 1 ada yang dah mula nak keluar dari MRSM, diharap guru dapat memujuk mereka.

6
SUIS ELETRIK di Jabatan
- harap dapat dimatikan sebelum meninggalkan bilik atau selepas digunakan

7.
PREP  MALAM PELAJAR
- Pelajar tidak boleh diganggu pada waktu prep malam.
-Pelajar tidak ada prep pada petang jumaat dan Sabtu malam

8
Hari SELASA : BADAN BERUNIFORM pelajar memakai uniform masing-masing
HARI KHAMIS : pelajar memakai batik

9
SISTEM KELUAR MASUK PELAJAR BERKOMPUTER
- banyak member kebaikan dari segi mengesan dan merekodkan pergerakan pelajar. Mempercepatkan urusan di pondok pengawal.

10
Amalan 5 S akan dimulakan di pihak Pentadbiran. diikuti kemudian oleh unit dan jabatan yang lain.

11
Anugerah Kualiti Bulanan
- akan diwujudkan
- setiap jabatan / unit diminta mencalonkan ahli dari jabatan masing-masing
-mulai Januari 2012

12
Baju korporat dijangka siap akhir bulan Februari

13
Kelas Tambahan  sebanyak 2 kelas sahaja  untuk 30 orang pelajar tingkatan 5, melibatkan subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Diadakan pada hujung minggu selepas waktu prep. Mulai Mac – Oktober 2012

14
Penghantaran buku rekod
Dalam sebulan – sekali hantar kepada Pengetua/TP .
Selebihnya hantar kepada Ketua Jabatan

Tahniah kepada yang telah menyiap dan menghantar buku rekod.
15
Berlaku rombakan tugas di kalangan staf pentadbiran
Terkini : Pn Hawa bertugas di Asrama
Pn Nana mengambil alih tugas Pn Hawa di pejabat


Kalau ada sebarang kekeliruan harap dapat dibincangkan

No comments:

Post a Comment